Dilabel makin seksi, Fasha Sandha tak peduli komen netizen - Utusan Malaysia

Dilabel makin seksi, Fasha Sandha tak peduli komen netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pelakon, Fasha Sandha, 39, menganggap segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya termasuk dakwaan seksi dan gemar berpakaian mencolok mata umpama sekadar angin yang lalu.

Sedikit pun tidak tersinggung, kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, perkara itu baginya bukan satu perkara penting untuk difikirkan.

“Saya lebih suka ambil pendekatan untuk membiarkan sahaja apa yang mereka (netizen) nak cakap. Tidak kisah pun sebab komen begitu tidak beri kesan pun dengan hidup saya.

“Saya belum rasa rimas lagi dengan netizen atau pengikut dan sebagainya sebab bagi saya benda itu membantu saya untuk menjadikan saya manusia yang lebih baik.

“Ada juga teguran mereka itu yang saya ambil. Macam teguran yang positif sebab saya memang tidak sempurna, saya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Kongsi Fasha, dia juga tidak pernah berbincang dengan suaminya, Aidil Aziz berkenaan komen-komen negatif dari netizen itu.

Ini kerana, kata Fasha, dia sedar dirinya masih belum sempurna menutup aurat dan lebih memilih untuk mengikut kehendaknya sendiri berbanding menuruti permintaan orang lain.

“Saya akan tetap lakukan apa perkara yang saya nak buat sebab hidup kita tak boleh berlandaskan apa yang orang lain suka. Kita kena buat apa yang kita suka.

“Kalau kita ikut apa yang orang lain suka, kita tidak akan gembira contohnya kita nak berhijab untuk ikut trend, atau tunjuk baik, perlukan pujian orang, pada saya benda itu tidak akan kekal.

“Kalau buat untuk orang lain atau bukan untuk diri sendiri, benda itu separuh jalan,” ujarnya.

Tambah Fasha, kebanyakkan kecaman yang diterimanya adalah hanya berkenaan pemakaian yang dianggap seksi.

“Itu sahaja kecaman yang orang boleh bagi, bab lain orang tak boleh nak sentuh sebab bab kerja, lakonan, mereka tidak boleh nak kecam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya