Datuk Azmir Saifuddin kini CEO Finas - Utusan Malaysia

Datuk Azmir Saifuddin kini CEO Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Oktober 2025.

Mengumumkan berita itu menerusi kenyataan media, FINAS menyatakan Azmir adalah individu yang memiliki pengalaman dan berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom.

“Beliau memulakan kerjaya di Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, FINAS yakin Azmir mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Azmir pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah FINAS antara Januari 2017 hingga 2019.

Terdahulu, FINAS mengumumkan kontrak Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebagai CEO agensi itu tamat pada 1 Jun lalu.

FINAS dalam kenyataan menyebut, keputusan menamatkan kontrak Md Nasir dibuat sebagai langkah penstrukturan semula badan berkenaan agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air.

Dalam tempoh interim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Rozita Waty Ridzuan menjalankan tugas CEO sehingga jawatan berkenaan diisi, hari ini.Azmit 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya