Zamani tersingkir GV10 - Utusan Malaysia

Zamani tersingkir GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perjalanan penyanyi Zamani dalam program realiti All Star Gegar Vaganza (GV10) terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu ke-6, malam tadi.

Vokalis Slam itu yang membawakan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad gagal menambat hati juri sekaligus jatuh ke kedudukan tercorot.

Kedudukan pertama sekali kagi milik Liza Hanim yang menyampaikan lagu Rembulan manakala Hady Mirza terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.

Konsert minggu ke-7 Ahad depan menyaksikan 11 perserta termasuk Nikki Palikat, Liza Hanim, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Azharina, Hady Mirza, Ezad Lazim, Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Tomok, Naqiu meneruskan perjuangan bagi merebut kejuaraan GV musim kali ini.

GV10 mengekalkan Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya