Tiada lagi Kak Lina Pom Pom di GV - Utusan Malaysia

Tiada lagi Kak Lina Pom Pom di GV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengacara dan selebriti popular, Elly Mazlein, mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan berundur daripada program All Stars Gegar Vaganza (GV10) sebagai hos.

Pengumuman itu dikeluarkan sendiri oleh pihak penyiar stesen televisyen Astro dalam satu kenyataan hari ini apabila memberitahu Elly tidak lagi bersama keluarga besar GV10 disebabkan hal peribadi.

Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara GV10 di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya saya amat menghargainya.

“Insya-Allah, kita doakan GV10 terus berjaya dan saya berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang Gegar Vaganza yang bertanding,” katanya.

Sementara itu, menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, pihaknya menghormati keputusan Kak Lina untuk berundur daripada program berkenaan.

“Dengan rasa berat hati Astro ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina (Elly Mazlein) dari program GV10 atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, sering dikecam kerana gaya pengacaraannya dikatakan ‘over’ dan gedik.

Malah, dia juga dikatakan terlalu ingin mencuri perhatian ramai sehingga menenggelamkan barisan peserta yang bertanding.

Rentetan daripada itu, dia membuat permohonan maaf dan berjanji akan menjadi Elly Mazlein pada konsert minggu kedua lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya