Terpaksa dapatkan rawatan terapi - Mia Sara Shauki - Utusan Malaysia

Terpaksa dapatkan rawatan terapi – Mia Sara Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Mia Sara Shauki turut berkongsi pengalaman pernah berhadapan dengan gangguan seksual berkali-kali termasuklah  pernah diraba oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya berada dalam beberapa produksi termasuklah filem, televisyen dan teater. Ada beberapa produksi sepanjang bekerja saya memang akan rasa tidak selesa dan pernah diraba. 

“Saya pergi ke sesi terapi dan dapatkan bantuan agar saya boleh memahami apa yang saya lalui ini dengan lebih baik. Namun ia tidak mudah. 

“Hari ini keadaan saya lebih baik, tidak takut kepada lelaki mahupun perempuan kerana saya pernah menerima gangguan seksual daripada kedua-dua jantina. Setiap orang ada caranya sendiri untuk berhadapan dengan trauma dan sangat normal jika seseorang memilih cara tersendiri untuk melindungi dirinya,” tambahnya. 

Mia Sara berkata demikian bagi mengulas mengenai isu gangguan seksual yang dikupas oleh Utusan Malaysia yang sekali gus menggambarkan terdapat sisi gelap yang berlaku di set penggambaran.

Keadaan itu dipercayai banyak terjadi dan sasaran mudah adalah terhadap pelakon-pelakon baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya