Terima kasih setia di samping saya selama ini - Aliff Aziz - Utusan Malaysia

Terima kasih setia di samping saya selama ini – Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sempena tujuh tahun usia perkahwinan, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz berkongsi ucapan manis buat isteri tercintanya, Bella Astillah menerusi satu hantaran di Instagram.

Memuat naik beberapa keping gambar, Aliff berkongsi fasa perhubungan mereka sejak zaman bercinta sehinggalah mempunyai dua cahaya mata hari ini.

“Terima kasih sayang untuk setiap pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, kesungguhan, sokongan serta dua cahaya mata yang awak bawakan ke dunia.

“Tujuh tahun usia perkahwinan kita dan sudah saling mengenali selama 10 tahun.

“Perjalanan ini penuh dengan onak dan duri namun awak sentiasa bersama saya mengharunginya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pelakon Tentang Hati Dia itu juga turut berterima kasih kerana Bella, 29, kerana banyak mengajarkannya menjadi lelaki lebih baik.

“Terima kasih kerana sudah bersama saya dan menjadikan siapa saya hari ini.Saya akan terus menjadi anak yang baik untuk ibu ayah saya, abang yang adik-adik dan suami yang baik kepada awak.

“Semoga Allah terus melimpahkan rahmatnya dan melindungi kita hingga ke akhirnya, Amin. Sayang awak, Dayang Ara Nabellah,” katanya lagi.

Bella kemudian dilihat membalas hantaran berkenaan dalam satu komen pendek.

“Alhamdulillah, perjalanan ini bukan mudah tapi kita berjaya melaluinya. Saya awak juga!” balasnya.

Bella dan Aliff selamat bergelar suami isteri pada 9 September 2016 dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Bukit Jelutong.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya