PETALING JAYA : Bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengakui sudah beberapa bulan tidak menyediakan juadah sambal sotong kerana bimbang tidak ‘kuat’ menahan perasaan sedih.
Kata Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, ini kerana sambal sotong merupakan lauk kegemaran bekas suaminya itu yang juga merupakan seorang aktor.
“Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini (sambal sotong) kerana ini adalah makanan kegemaran dia (Haifdz) yang saya masak.
“Bukan apa, takut nanti kalau saya masak ada perisa air mata pula.
“Sekarang, kalau awak semua nak suruh saya masak katering sambal sotong pun boleh,” katanya.
Selain itu, Shuhada berkongsi bahawa dia sudah berada dalam fasa hidup baharu tanpa perlu mengejar cinta manusia.
“Bukan mahu cakap besar sudah berdamai dengan masa lalu tetapi nak beritahu yang Allah Maha Hebat. Dia maha membolak balikkan hati manusia.
“Hari ini awak sayang dia, esok belum tentu lagi. Jadi, tidak perlu nak kejar cinta. Jom, kejar cinta Allah,”katanya.
Pada Februari lalu, Hafidz dilaporkan melafazkan cerai kepada Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.
Selepas itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Febrauri lalu.
Perkahwinan yang dibina sejak 30 April 2016, dilengkapi dengan dua orang cahyaa mata iaitu Humaiirah, 6, dan Umar, 2 tahun.