Sebenarnya saya yang ajak suami kahwin dulu - Nabila Huda

Sebenarnya saya yang ajak suami kahwin dulu – Nabila Huda

nabila huda
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Nabila Huda mendedahkan, sewaktu mengenali suaminya, Mohd Izwan Johar, tanpa segan, dia mengakui menjadi orang pertama yang memulakan ‘lamaran’ untuk berkahwin dengan lelaki tersebut.

Menurut Nabila, Izwan ketika itu tidak begitu berminat untuk berkenalan dengannya kerana status selebriti yang digalasnya selama ini.

“Sebenarnya, waktu kenal dengan suami, dia ini bukannya suka saya pun. Dia cakap dengan saya, dia tak minat lebih-lebih lagi saya pula seorang selebriti.

“Tetapi saya tak putus asa, saya tetap mendekati dia. Saya berkawan dan berkenalan dahulu kemudian, saya bawa dia berjumpa dengan anak saya,” katanya.

Perkara itu dikongsikan pelakon tersebut menerusi satu temubual bersama program radio, Kool 101, semalam.

Kongsi Nabila lagi, hatinya makin tertarik selepas melihat layanan Izwan yang sangat baik terhadap anak perempuannya, Keisha.

“Bila kita bergelar ibu tunggal, perkara yang paling penting adalah sama ada lelaki pilihan kita itu boleh terima anak kita atau tidak. Kalau tak boleh terima, dia boleh pergi dari hidup saya.

“Jadi, saya lihat dahulu bagaimana reaksi mereka. Bila dia datang berjumpa Keisha yang susah nak rapat dengan orang, saya nampak Keisha jatuh cinta terus.

“Melihat cara dia pegang Keisha, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak dan senang rapat dengan budak-budak. Terus saya jadi jatuh cinta dengan dia terus pada ketika itu,”katanya.

Tambah Nabila, perkara itu juga membuatkan dirinya nekad untuk menjadikan Izwan sebagai suami meskipun terpaksa menunggu selama dua tahun.

“Saya cakap dalam diri yang lelaki ini mesti kena jadi suami aku. Saya tak kira dia nak atau tidak, saya akan cuba sampai dapat. Saya akan cari mak bapak dia dan cari tahu kampung dia di mana.

“Selepas itu, saya bertanya kepada dia, bila dia nak kahwin dan dia jawab lagi dua tahun. Jadi, saya bagitahu yang saya akan tunggu dia. Dia tanya saya ni gila ke? Ye betul saya gila.

“Kemudian, saya tunggulah dia. Selepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh dan tempat nikah. Lalu, kami berkahwin. Semasa berkahwin barulah kami bercinta,” kongsinya lagi.

Nabila dan Izwan telah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.

Nabila pernah hamil sebanyak dua kali, namun, mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.

Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya