Perang Bella- Aliff-Sophia Albarakbah berulang, siapa salah?

Perang Bella- Aliff-Sophia Albarakbah berulang, siapa salah?

Sophia Albarakbah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPERTI biasa, setiap minggu ada sahaja cerita panas yang datang daripada program realiti paling popular, Gegar Vaganza. Dua hari lepas, kecoh pasal kes Bella – Aliff dan Sophia Albarakbah.

Poklip tak boleh nak bagi komen pasal rumah tangga orang lain. Kasihan juga dengan Bella, kita tak tahu apa dia rasa. Dalam pada masa sama, kasihan juga dengan Sophia. Nak bernafas pun dikecam.

Aliff? Entahlah. Dia boleh kawal situasi ini dengan lebih baik. Kenapa perlu gunakan media sosial untuk selesai masalah kan. Duduk serumah, boleh berbincang? Atau ada isu yang kita tak tahu? Poklip tanya sahaja.

Bukan apa, kadang-kadang kita sendiri pun dah tak kuasa nak tahu masalah apa yang sedang berlaku. Yalah, rumah tangga mana tidak bergolak. Sedang lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan suami isteri.

Tetapi jadi tidak seronok didengar apabila ada yang cakap Bella tidak profesional. Main serbu orang tanpa soal selidik. Tapi Poklip rasa, mesti Bella sudah fikir sehabis masak sebelum muat naik apa-apa hantaran.

Dia sudah berpengalaman mengendali isu ini beberapa kali sejak bertahun lalu. Jadi Poklip tak fikir dia akan terus serang atau serkap jarang. Pasti ada sebab kukuh mengapa dia berani memuat naik hantaran berbentuk sindiran.

Apatah lagi, bukan sekadar Sophia yang dia serang, Aliff juga dia soal. Jadi tidak mustahil jika Bella menyimpan sesuatu yang mungkin kita tidak tahu. Ada Poklip baca, naluri seorang isteri katanya.

Namun dalam pada masa sama, Sophia juga harus kita kasihankan. Takkan nak pergi satu tempat awam dengan Aliff sudah jadi satu larangan? Takkan dia tidak lagi bebas ke mana-mana dia suka?

Lagipun bak kata Sophia, isu sudah lama. Let’s forget and move on. Sampai ada yang cakap Bella insecure, sebab selalu serang pelakon itu secara tiba-tiba. Poklip pun tak tahu siapa salah, siapa betul.

Jika benar Sophia tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang menyerang, menuduh dan memaki pelakon itu bagaimana? Kena minta maaf lah kan? Atau nanti kalian lupa, tindakan itu pernah melukakan hatinya.

Industri seni kita ini kecil sahaja sebenarnya. Kita tak boleh halang hak kebebasan sesiapa. Dalam pada masa sama, kita juga kena sedar, apa juga penyelesaian, datang daripada diri kita sendiri.

Isu yang boleh dileraikan secara privasi, biarlah antara kalian sahaja. Tak perlu jadikan satu masalah umum. Nanti wujud pula puak-puak terpaling tahu. Keluarlah segala fitnah dan tohmahan, tak seronok tau. Gitu! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya