Pelakon lelaki perdaya wanita, kikis duit. Kekasih bakal mangsa baharu? - Utusan Malaysia

Pelakon lelaki perdaya wanita, kikis duit. Kekasih bakal mangsa baharu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terus terang, satu bayangan yang boleh Cik Bunga berikan mengenai gosip ini ialah ‘filem berbentuk ketenteraan’.

Okey, cari sendiri, siapakah gerangannya. Nak dijadikan cerita, pelakon lelaki yang berlakon dalam filem berkonsep itu, rupanya kaki kikis duit wanita.

Bukan seorang wanita sahaja yang diperdaya, sebelum ini tunang dia pun jadi mangsa sampai beribu dah duit habis sebab si pelakon ini.

Dengarnya, pelakon itu, selepas dah perhabiskan harta tunang, janji nak kahwin pun hanya tinggal janji. Dia tinggalkan wanita tersebut tanpa umumkan pun mengenai berita tak jadi kahwin itu kepada semua.

Tup-tup,Cik Bunga dengar dan ternampak pun di media sosial yang si pelakon ini sedang bercinta pula dengan seorang selebriti.

Dalam fikiran Cik Bunga, eh, wanita itu tahu tak latar belakang atau onar apa yang telah dilakukan lelaki tersebut? Terdetik juga di hati ‘tak mustahil pengacara ini bakal jadi mangsa baharu si pelakon buaya ini’.

Satu perangai dia yang orang ceritakan pada Cik Bunga ialah, dia tak akan bercinta dengan wanita yang tak berduit. Sebab, iyalah, dia pun berlakon tak semeriah mana, siapa yang tanggung gaya hidup dia? Wanita yang kononnya jadi kekasih dialah.

Wah… hebat hidup orang begini bukan? Ada kudrat ada tangan dan kaki, elok sempurna, nak cari kerja pun malaskah? Tak nak usaha sendirikah? Bagi Cik Bunga, memang layak pelakon ini kita panggil sebagai biawak hidup.

Cuma itulah, kasihan pada nasib para wanita yang telah diperdaya. Cinta dan kasih sayang yang diberikan dibalas pula dengan racun. Geram juga kita wak!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya