Pandai simpan rahsia, Fizi Ali kini bukan lagi duda - Utusan Malaysia

Pandai simpan rahsia, Fizi Ali kini bukan lagi duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pandai menyembunyikan kisah percintaan, penyampai radio, Fizi Ali, tampil mengejutkan peminat-peminat menerusi pengumuman pernikahannya hari ini dengan seorang wanita yang cuma dikenali sebagai Tiz.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 36, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram yang memaparkan dia bersama pasangan berpakaian serba putih di hadapan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Tidak berkongsi maklumat lanjut, Fizi bagaimanapun berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagiannya bersama isteri baharunya itu.

“Syukur, bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami.

“Terima kasih semua yang mendoakan terbaik untuk kami. Semoga doa-doa yang baik kembali semula kepada kalian,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminatnya mengucapkan tahniah dan memuji penyampai radio itu sebagai seorang yang bijak menyimpan rahsia percintaan antara dia dan Tiz.

“Alhamdulillah, tahniah Fizi! Semoga kekal bahagia sampai syurga,” tulis pelakon Janna Nick.

“Wow, diam-diam.Tahniah Fizi. Tumpang gembira untuk awak, semoga berkekalan,” tulis satu pengikut.

“Tahniah, cantiknya isteri awak,” kata seorang pengguna lain.

Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, selepas tiga tahun, pasangan tersebut mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya