Pakai korset, kuku berkilat, apa sudah jadi Aizat Amdan? - Utusan Malaysia

Pakai korset, kuku berkilat, apa sudah jadi Aizat Amdan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer tanah air, Aizat Amdan, menerima kecaman ramai apabila penampilannya yang pelik disamakan dengan penyanyi kontroversi antarabangsa, Sam Smith.

Menerusi satu perkongsian video di Tik Tok oleh pengguna, Aizat dikatakan tampil membuat persembahan pada rakan baiknya, Yuna, dengan mengayakan imej aneh iaitu berbaju lengan pendek berwarna biru dipadankan dengan seluar pendek paras lutut berwarna perak serta mengenakan aksesori menyerupai ‘korset’ di bahagian pinggangnya.

Selain itu, penyanyi lagu Susun Silang Kata itu turut dilihat mewarnakan rambutnya dengan warna putih selain kukunya yang berkilat yang menjadi punca dia kemudiannya dilabel netizen sebagai Sam Smith Malaysia.

Perkara itu mengejutkan ramai pengikut dan peminatnya kerana sebelum ini, penyanyi berkenaan tidak pernah menggenakan imej sedemikian.

Berikutan itu, ruangan komen di pelbagai aplikasi media sosial mula dibanjiri dengan bermacam-macam respons terhadap Aizat selain menyifatkan penyanyi tersebut seakan terdesak mencari perhatian umum.

Untuk pengetahuan, Sam Smith merupakan seorang penyanyi dari Amerika Syarikat yang kini menggayakan pakaian serta dirinya seolah seorang perempuan.

Aizat Amdan mulai menempa nama dalam industri hiburan tempatan menerusi sebuah program realiti TV pada tahun 2007 sebelum mengeluarkan beberapa lagu popular terdiri seperti ‘Kau aku’ dan ‘Hanya kau yang mampu’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya