PETALING JAYA : Nama pelakon, Nelydia Senrose, 29, kembali mencuri perhatian warganet apabila dikatakan tidak lagi mengenakan tudung.
Dalam sebuah video yang dikongsikan menerusi Instagram Story, pelakon yang mesra disapa sebagai Nely itu tidak mengenakan tudung ketika bermain badminton bersama rakannya.
Namun, ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah dipadam pemilik nama Nik Zaris Nelydia Binti Nik Senrose itu.
Beberapa minggu lalu semasa artis itu bercuti ke Bangkok, Thailand, Nely dilihat selesa hanya mengenakan topi.
Usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi pelakon itu gagal apabila panggilan telefon dimatikan.
Pada April lalu, Nelydia pernah menyuarakan kebimbangannya sekiranya suatu hari nanti imannya tidak kuat sehingga menyebabkannya membuka hijab.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu turut menjelaskan bahawa sebagai manusia biasa sukar baginya untuk kekal istiqamah dalam berhijab.
Nelydia dilihat mula mengenakan hijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Disember tahun 2021.
Namun begitu, dia dilihat tidak berhijab semasa bercuti di Bali tahun lalu.