Masalah monitor di telinga punca Ayai Ilusi gagal mara ke minggu keenam GV10 - Utusan Malaysia

Masalah monitor di telinga punca Ayai Ilusi gagal mara ke minggu keenam GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Konsert minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam tadi menyaksikan penyanyi Ayai Ilusi, 61, terpaksa akur dengan keputusan juri apabila dia menjadi peserta keempat tersingkir daripada program realiti berkenaan.

Berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pentas tersebut menyaksikan Ayai atau nama sebenarnya, Zaharuddin Kamaruddin, cuma meraih 61 peratus markah daripada juri profesional.

Ayai membawakan lagu Pusara di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra namun gagal menarik hati juri gara-gara terdapat beberapa kesilapan dalam nyanyiannya.

Menurut ketua juri Datuk Ramli MS, Ayai mempunyai masalah tempo selain tidak mempunyai nafas mencukupi untuk membawakan lagu itu.

“Tempo dekat depan dua kali hancur. Nafas dekat belakang tercungap. Ada tempat tidak sempurna,” katanya.

Ayai memberi alasan masalah tempo itu berlaku disebabkan monitor telinga yang tidak berfungsi.

“Monitor pada telinga saya nak jatuh menyebabkan saya terlari tempo,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Liza Hanim mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 70.50 peratus, diikuti Naqiu (69.75 peratus) dan Jaclyn Victor berada di kedudukan ketiga (69 peratus).

Dalam pada itu, Naqiu pula diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.

GV10 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan ia boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad pada pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya