Konsert KEPCI Music Fest Johor ditangguh, Siti Nurhaliza mohon maaf - Utusan Malaysia

Konsert KEPCI Music Fest Johor ditangguh, Siti Nurhaliza mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penganjuran Konsert KEPCI Music Fest yang dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober ini di Arena Larkin, Johor telah ditangguhkan kepada satu tarikh baharu.

Bagaimanapun, menurut penganjur dalam satu kenyataan hari ini, tarikh baharu tersebut masih belum dapat diumumkan pada waktu ini.

“Kami ingin memohon maaf kepada semua peminat yang menantikan persembahan di KEPCI Music Fest, Johor. Adalah dengan berat hati dan dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa kami semua telah bersepakat dan bersetuju untuk menangguhkan persembahan kami di KEPCI Music Fest berikutan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Timur Tengah.

“Kami sangat berterima kasih dan menghargai sokongan serta timbang rasa dari semua pihak.

“Kami juga tidak sabar untuk menantikan tarikh baharu KEPCI Music Fest agar kami dapat bertemu dan memberikan anda persembahan hebat yang anda nanti-nantikan,”menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, memberi respons kepada perkara ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan antara artis yang dijadual terlibat membuat persembahan turut memohon maaf di Instagramnya.

“Untuk persembahan saya dan artis-artis lain di Larkin, Johor esok (21 Oktober 2023), para artis bersama-sama pihak penganjur telah bersetuju untuk menangguhkan KEPCI Music Fest, Johor berikutan konflik di Timur Tengah.

“Kami mohon maaf dan berterima kasih di atas pemahaman anda semua. Tarikh baharu persembahan ini akan diumumkan pihak penganjur kelak,”katanya.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, rata-rata peminat menyifatkan penangguhan konsert tersebut sebagai satu tindakan yang wajar dan terpuji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya