Kenapa Izzue Islam nampak kekok mengacara? - Utusan Malaysia

Kenapa Izzue Islam nampak kekok mengacara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga jujurnya, baru sahaja berpeluang menonton program Famili Duo musim terbaharu minggu lepas. Itu pun secara tak sengaja sebab rasa program Gegar Vaganza (GV10) minggu lalu pun macam tak berapa menarik.

Melihat kepada dua pengacara yang sedang mengendalikan program tersebut iaitu Janna Nick dan Izzue Islam, Cik Bunga rasa seakan ada yang tidak kena pula dengan mereka. Maksud kita, dari segi keserasian.

Ya, betul. Ini bukan kali pertama kedua-duanya digandingkan. Tetapi, kali ini Cik Bunga tengok seakan kekok betul Izzue semasa mengacara.

Seolah-olah fokusnya kepada Janna sahaja. Janna yang cakap lebih, Janna yang nampak macam lebih dapat ‘lime-light’. Nampak sangat macam baca skrip pun ada.

Bagi Cik Bunga, kalau tak nak ada dua pengacara, lebih baik dari awal tak payah minta Izzue berada di situ, betul tak?

Tapi tak tahulah apa pula permainan produksi kali ini. Mereka je yang tahu alasan mengapa ini terjadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN