Kebanyakan konsert didominasi kumpulan tertentu saja - Hatta Junction - Utusan Malaysia

Kebanyakan konsert didominasi kumpulan tertentu saja – Hatta Junction

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan Junction, Hatta, 56, meluahkan pandangan bahawa terdapat beberapa kumpulan tertentu sahaja yang dilihat lebih mendominasi penganjuran sesebuah acara konsert terutama apabila melibatkan persembahan genre rock kapak.

Hatta atau nama sebenarnya, Kamarul Hatta Zaharudin, berkata, situasi itu lebih ketara berlaku terutama selepas kebangkitan sektor seni kreatif pasca pandemik Covid-19.

“Kita boleh tengok selepas pandemik Covid-19, banyak konsert dianjurkan. Perkara itu tentulah sesuatu yang dilihat positif memandangkan ia juga dapat membantu anak-anak seni menjana kembali pendapatan dan ekonomi mereka. Namun, jika lihat semula pada era rock kapak dulu, kita ada banyak band yang hidup.

“Kemungkinan ada mencapai hingga 100 band pada era itu. Namun, apa yang berlaku sekarang ini, kita tengok konsert-konsert ini didominasi oleh kumpulan yang tertentu sahaja. Bukan iri hati dan saya pun tiada masalah.

“Kita pun percaya pada rezeki masing-masing dan hak penganjur. Cuma, secara peribadi, saya yakin masih banyak lagi sahabat-sahabat band yang mungkin boleh diketengahkan dan diberi peluang untuk beraksi dalam sebuah konsert era baharu,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini, baru-baru ini.

Berikutan itu, kata Hatta, dia hadir dengan inisiatif untuk menganjurkan sebuah Konsert Rock Kapak menerusi syarikatnya, Attah Music dengan kerjasama Boss Production.

Menurut Hatta, konsert yang akan diadakan di Panggung Asia Gombak pada 7 Oktober ini akan menampilkan beberapa buah band terkenal di era 80-an dan 90-an dan ia termasuk Junction, Desire dan Meditasi.

“Memang saya terpanggil nak jemput mereka beraksi dalam konsert ini. Bahkan, saya percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

“Untuk itu, saya tampilkan kumpulan-kumpulan yang tidak diberi peluang untuk mengadakan persembahan sebelum ini,” katanya.

Selain itu, kata Hatta, trend di negara ini juga menyaksikan hanya penyanyi diundang menjayakan persembahan secara solo sedangkan mereka sepatutnya tampil beraksi sebagai satu kumpulan.

“Kami di sini mengamalkan semangat setiakawan. Jadi saya bawakan mereka tampil berkumpulan dengan syarat mesti ada pulangan yang memuaskan.

“Namun kalau tiada, saya pun tak boleh buat apa. Attah Music dan Boss Production sedar mungkin pulangan dari segi pendapatan tidak memberansangkan.

“Tapi apa yang lebih penting adalah memberi kegembiraan serta kepuasan kepada peminat-peminat serta kumpulan yang terbabit dalam konsert ini,” katanya.

Untuk info, kumpulan Junction suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu berjudul Akan Ku Kenang dan Monolog Untuk Rina.

Manakala kumpulan Desire pula popular dengan lagu berjudul Bias Cinta dan Sentuhan, dan Meditasi pula menerusi Bidadari, dan Biar Pedih Kasih Memanjang.

Persembahan pembukaan konsert ini akan menampilkan kumpulan BloodBrothers dan Revenge.

Tiket dijual pada harga RM85 seorang dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://rockkapak.ubertickets.asia/

Difahamkan, untuk setiap pembelian tiket, peminat berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti dua pakej percutian di Pulau2 Semporna, Sabah (tajaan AR Travel & Tours), dua baucer penginapan di AMES Hotel Ayer Keroh, Melaka, dua unit gitar eletrik Ibanez GRX70QA (tajaan Gama Rock House JDT) dan sepasang kasut Fung Keong (tajaan Mentari Merah Entertaiment dgn signature Pengarah Filem Nasir Jani).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya