Jujur, Kuala Lumpur terbaik, paling luar biasa! - Fourtwnty - Utusan Malaysia

Jujur, Kuala Lumpur terbaik, paling luar biasa! – Fourtwnty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan Fourtwnty, Ari Lesmana, menyifatkan kemeriahan konsert di Kuala Lumpur adalah yang terbaik berbanding beberapa lokasi sebelumnya.

Menurut Ari, sambutan hangat daripada peminat di Kuala Lumpur membuatkan mereka menganggap Malaysia sudah seperti rumah kedua.

“Sudah empat kali ke Kuala Lumpur dan jujur, negara anda sangat luar biasa.Tenaganya hebat sekali dan membuat saya seperti bernyanyi di negara sendiri.

“Kami selalu teruja dan gembira untuk kembali ke Kuala Lumpur yang sudah dianggap seperti rumah kedua,” katanya ketika ditemui di Konsert Fourtwnty Nalar Tour, Zepp Kuala Lumpur, semalam.

Ketika konsert berlangsung, Ari turut berkongsi khabar duka apabila rakan pemuziknya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir pada Jumaat.

“Dua hari yang lalu pemain drum di salah sebuah band kawan saya baru sahaja meninggal dunia.

“Mari kita kirimkan doa banyak-banyak agar rohnya kekal di sana,” kata Ari.

Mereka turut mendedikasikan lagu ‘Aku Tenang’ sempena mengingati arwah semasa hayatnya.

Dalam konsert yang dihadiri kira-kira 2,500 pengunjung itu, Fourtwnty menyanyikan 20 buah lagu khusunya dari album Nalar seperti Aku Mencintai Traumaku, Aku = Kamu, Larasuka, Kursi Goyang dan Manggu.

Sebelum ini, Konsert Fourtwnty Nalar Tour singgah ke beberapa lokasi sepanjang Oktober bermula di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan.

Konsert kemudian diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru dan Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang.

Konsert jelajah Nalar kemudian ditutup pada 22 Oktober di Zepp Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya