Judika buat kejutan, bawa tiga lagu hit Malaysia dalam konsert - Utusan Malaysia

Judika buat kejutan, bawa tiga lagu hit Malaysia dalam konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Indonesia, Judika, 45, membuat kejutan kepada peminat-peminatnya dengan menyanyikan tiga buah lagu hits artis tempatan menerusi Konsert Romantic Night-Judika & The Gang, yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Judika atau nama sebenarnya, Judika Nalon Abadi Sihotang, telah menyanyikan lagu Sejati, Cindai dan Mengintai Dari Tirai Kamar duet bersama Haqiem Rusli.

Penyanyi itu memberi sentuhan sendiri dalam susunan muzik bagi mencipta kelainan untuk konsert pertamanya di Malaysia semalam.

“Sebenarnya saya ada banyak penyanyi kesukaan dari Malaysia. Sebelum ini, saya pernah bawakan lagu Isabella, Gerimis Mengundang, dan Suci Dalam Debu.

“Namun untuk konsert kali ini, saya ingin bawakan sesuatu belum pernah saya nyanyikan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas konsert tamat.

Penyanyi Aku Yang Tersakiti itu juga mengakui sudah lama meminati kumpulan Search, Wings dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Baginya, konsert tersebut adalah platform yang sesuai untuk memberi penghormatan kepada semua artis kesayangannya dengan menyanyikan lagu-lagu mereka.

“Lagu-lagu Search dan Wings memang sudah lama saya dengar.Mengintai Dari Tirai Kamar juga terkenal di Indonesia. Saya suka muzik dan lagu tersebut yang membuatkan saya ingin bawa lagu itu bersama Haqiem Rusli.

“Manakala lagu Cindai memang saya sangat suka. Cuma cabarannya, lirik lagu tersebut sangat panjang,”katanya.

Konsert Romantic Night-Judika & The Gang telah dihadiri seramai 12,000 penonton.

Judika menyanyikan lebih 20 lagu termasuklah lagi hits seperti Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-baik Saja, Jikalau Kau Cinta, Bukan Dia Tapi Aku dan Sampai Akhir.

Turut hadir sebagai tetamu undangan selain Haqiem Rusli ialah Marsha Milan Londoh, Shila Amzah dan artis di bawah pengurusan Dua Anak Deo (DAD).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya