PETALING JAYA : Jenazah Allahyarham Badrul Izhan Shahrizan atau Bad Indigo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara dekat sini kira-kira pukul 2.50 petang tadi.
Terdahulu, urusan memandikan dan solat jenazah dilaksanakan di Masjid Tun Abdul Aziz di sini.
Allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar 7 malam semalam selepas mengadu sesak nafas di tempat kerjanya di Ampang, Selangor.
Allahyarham juga dilaporkan mengalami masalah kekurangan gula dalam darah.
Bad, 48, kehilangan kesemua jari kaki kiri sejak Mac tahun lalu akibat kencing manis.
Untuk rekod, Bad mendirikan rumah tangga kali kedua dengan penyanyi Ashira pada l Mac 2021.
Bagaimanapun selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan itubercerai pada 23 Jun lalu tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.