Hrithik Roshan temui peminat di Malaysia Disember ini - Utusan Malaysia

Hrithik Roshan temui peminat di Malaysia Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas lapan tahun berlalu, pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan, bakal kembali mengubati kerinduan peminatnya di sini bagi menjayakan Stars In Fire Kuala Lumpur Live In Concert yang akan diadakan pada 1 Disember depan.

Bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, konsert tersebut dibawakan oleh Yess Boss Groups dan menjanjikan pelbagai kemeriahan buat penonton dan peminat yang hadir.

Menurut Pengarah Urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan, menerusi konsert itu, aktor tersebut akan tampil dengan diiringi barisan penari hebat bersama koreografi tarian yang penuh warna warni.

Hrithik juga dimaklumkan akan ditemani penerbit dan aktor Prabhudeva yang juga seorang pengarah koreografi tersohor India khusus untuk persembahan itu di sini.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang sangat mengujakan.

“Ini akan menjadi penanda aras buat kami yang diberi kepercayaan Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan impian peminat melihat skil tarian dan penampilan memukau Hrithik.

“Hrithik juga sangat berbesar hati kembali ke Malaysia dan melerai kerinduan terhadap peminat di sini yang memberi sokongan bukan dari kerjaya seni malah menghargai dirinya sebagai seorang individu,” katanya.

Tidak cuma itu, Stars On Fire Kuala Lumpur In Concert turut membawakan pasangan selebriti kesayangan ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa untuk menyerikan acara pembukaan konsert tersebut.

Shahkeer juga berharap Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup 2023 yang penuh gilang-gemilang dengan pengaruh seni Bollywood tiada tandingan.

“Dalam lambakan muzik atau konsert yang diadakan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi penanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

“Ramai peminat dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia,” ujarnya lagi.

Acara turut diserikan dengan kemunculan beberapa selebriti lain seperti Aastha Gills, Vaani Kapoor dan juga Sanya Malhotra.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang mula dijual pada 19 Oktober lalu berharga RM149 (Silver), RM249 (Gold), RM549 (platinium), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya