Dulu kami seksi, tapi Norkhiriah banyak bimbing saya ke jalan lebih baik - Ieda Moin - Utusan Malaysia

Dulu kami seksi, tapi Norkhiriah banyak bimbing saya ke jalan lebih baik – Ieda Moin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ieda Moin, mengakui, pelakon, Norkhiriah adalah sahabatnya yang banyak membimbing dirinya menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Bercerita sambil cuba menahan sebak, kata Ieda, dia sangat menghargai persahabatannya bersama pelakon tersebut yang kini telah mencecah usia 20 tahun sekali gus menyaksikan banyak suka duka telah dilalui mereka.

“Yang kenal kami zaman muda tahulah bagaimana seksinya kami. Dia (Khiriah) paling banyak mendorong dan membimbing saya.

“Dia juga orang pertama yang belikan saya tudung untuk berhijab,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis sidang media Gelak 90 Saat, baru-baru ini.

Selain itu, kongsi Ieda, dia dan Norkhiriah juga sering berbual mengenai perihal kematian sebagai tanda saling mengingatkan antara satu sama lain.

“Kami malah pernah berbual sambil berjenaka, macam manalah keadaan bila salah seorang daripada kami sudah tiada. Kadang dia (Noorkhiriah) tanya saya, nanti kalau mati kau nak van jenazah warna putih ke hitam?

“Maklumlah, dia sekarang uruskan van jenazah. Lepas itu saya jawab, kau jangan sampai kita dua-dua pergi sekali,”katanya.

Jelas Ieda lagi, dia juga bersyukur dikurniakan seorang sahabat seperti Noorkhiriah kerana dia sering mengingatkan dirinya untuk mencuba berubah ke arah lebih baik.

“Saya ini tidak baik. Tapi saya tidak mahu kawan saya buat benda yak baik. Sahabat sebenar tidak akan biarkan kawannya terkapai-kapai.

“Takkan kita sahaja nak jadi elok dan berubah? Kenapa tidak ajak kawan kita sekali,” katanya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjaya, Ieda dan Noorkhiriah bakal berkongsi pentas menerusi program terbaru Astro Warna, Gelak 90 Saat.

Dalam program itu, mereka berdua perlu membuat tetamu jemputan ketawa dalam tempoh 90 saat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya