Diva AA, kali ini awak dah melampau - Aishah

Diva AA, kali ini awak dah melampau – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datuk Aishah Ariffin, 58, kesal dengan sikap bekas pengacara,  Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kerana memperlekehkan kegagalannya mengekalkan kedudukan di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10) dengan kata caci dan makian.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin kesal dengan perbuatan Diva AA itu yang dianggap sebagai satu hinaan secara terbuka terhadap dirinya.

Berikutan itu, kata Aishah, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambilkan tindakan saman sekiranya selebriti kontroversi itu tidak segara memadam kenyataan-kenyataan yang telah dimuat naik di media sosial.

“Allahu Akbar, Ya Allah ampunkan dosa-dosa hamba-Mu yang lemah ini. Aku cuba bersabar,aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tak habis-habis dengan kata nista.

“Kali ini, saya akan bertindak serius kerana dia mencuit keturunan dan keluarga saya. Tolong padam Azwan Ali. Jangan sampai saya kena heret awak ke mahkamah.

“Kalau awak rasa awak boleh lepas di mahkamah dunia, saya beritahu awak, Insya-Allah pembalasan akan sampai.

“Kali ini awak sudah benar-benar melampau! Saya angkat tangan tinggi mohon Allah SWT beri pembalasan yang setimpal kepada awak Saya tak akan ampunkan awak kerana menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Aishah dilihat turut memuat naik beberapa tangkap layar kenyataan-kenyataan berbaur penghinaan yang dibuat oleh Diva AA terhadapnya di media sosial.

Menerusi pemerhatian, bekas pengacara tersebut kerap membuat kenyataan seolah-olah ‘menyerang’ penyanyi berkenaan kerana perasaan tidak berpuas hati dengan penampilannya di pentas ALGV.

Aishah merupakan peserta ketiga yang tersingkir dalam program realiti nyanyian popular tersebut yang telah memasuki minggu keempat tayangannya,kelmarin.

Aishah pada minggu keempat ditugaskan membawakan lagu berjudul Terlanjur Cinta bersama pasangan duetnya, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Vince Chong.

Bagaimanapun, persembahan Aishah bersama Vince gagal menambat hati barisan juri sekali gus menjadi penyebab kegagalannya untuk mara ke minggu hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya