Difitnah berzina, Shakila Khoriri dedah wajah netizen - Utusan Malaysia

Difitnah berzina, Shakila Khoriri dedah wajah netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Shakila Khoriri, 34, bertindak mendedahkan wajah-wajah individu yang telah melemparkan tuduhan palsu terhadapnya sekali gus memberi isyarat bahawa dia kini tidak lagi mudah memberi muka kepada golongan netizen yang bersikap melampau.

Tindakan itu dilakukan Shakila semalam selepas telah lama bersabar dengan segelintir pihak yang membuat fitnah kononnya dia berzina dengan suami orang.

Shakila menerusi hantaran di Instagram mendedahkan, dia juga telah meminta individu terbabit bertemu dengannya memandangkan dia bakal menjalani penggambaran di Terengganu iaitu lokasi sama wanita berkenaan berada.

“Assalamualaikum. Khamis saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? Nak dengar juga cerita yang I lagi tak tahu.

“Nak tahu juga suami orang mana yang saya sudah main tu sebab mak ayah adik kakak saya pun tengah tanya ni. Awak nak hubungi saya atau saya suruh orang cari awak? Pilih lah. Jumpa esok malam,” katanya.

Selain itu, Shakilla turut memuat naik permohonan maaf yang dilakukan individu berkenaan dan menerusi kapsyen, pelakon itu berkata, walaupun dia enggan mendedahkan perkara itu pada awalnya, namun demi maruah, dia terpaksa melakukannya.

Shakilla turut berpesan supaya orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen yang masih belum diketahui kesahihannya.

“Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis.

“Nak mengumpat ke nak mengutuk ke terpulanglah asal dibelakang orang itu. Itu dosa kalian.

“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan rambang di media sosial yang menyatakan Shakilla sedang hangat menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Bagaimanapun, Shakilla menafikan perkara itu dan berasa kecewa apabila melihat keluarganya turut terkesan dengan fitnah yang disebarkan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya