Banyak kes penyondol, Sweet Qismina percaya Adam - Utusan Malaysia

Banyak kes penyondol, Sweet Qismina percaya Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kepercayaan pelakon Sweet Qismina terhadap suaminya, Adam Lee kukuh sehingga tidak timbul kegusaran walaupun isu penyondol di set penggambaran masih menjadi bahan bualan.

Menurut Farhanna Qismina Supandi, 26, Adam bukanlah seorang yang suka mengusik di set penggambaran sebaliknya sangat fokus membaca skrip.

“Benda ini semua tentang kepercayaan. Saya sudah kenal Adam sejam zaman sebelum bercinta. Jadi sudah tahu karakternya di set bagaimana.

“Adam seperti ada dunianya sendiri. Sebab itu saya selesa dengannya. Tambahan pula Adam seorang yang telus dan rajin kongsikan apa yang terjadi di set penggambaran,” katanya.

Sweet ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media drama bersiri Cik Misi 123 di Publika, semalam.

Ujar penyanyi Namo itu lagi, mereka berdua berkongsi pengurus yang sama. Jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pasti ia akan sampai juga ke pengetahuan mereka berdua.

“Oleh sebab pengurus kami sama, jadi kalau Adam buat hal, mesti saya akan tahu. Begitu juga sebaliknya.

“Jadi tidak timbul apa-apa isu untuk kami,” tambahnya.

Bagi Adam Lee, 29, apa yang berlaku kepada pelakon lain adalah urusan mereka. Namun bagi Adam, dia akan menjaga kelakuan demi keluarga kecilnya.

“Saya tiada hak untuk komen atau tentukan apa yang orang lain kena buat. Saya tidak ambil kisah hal mereka.

“Tapi saya cuba jaga keluarga sebaik mungkin. Dunia saya pun hanya kerja, pergi gim dan pergi Muay Thai,” jelasnya.

Adam juga tidak meletakkan apa-apa sekatan atau syarat kerana percaya bahawa Sweet Qismina tahu batasnya sebagai seorang isteri semasa bekerja.

Terkini, Adam dan Sweet bakal tampil menerusi sebuah drama bertajuk Cik Misi 123 yang memfokuskan kepada kursus kejururawatan. Di kolej, Oya lakonan Sweet bertemu dengan Mika iaitu Adam Lee yang berusaha memenangi hatinya.

Babak latihan jururawat dan perubatan diselia pakar dari MSU agar prosedur kesihatan dipaparkan dengan betul di dalam naskhah. Cik Misi boleh ditonton menerusi siaran Astro Ria 105 setiap Isnin hingga Jumaat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya