Ada lagi yang kecam Hasif Upin? - Utusan Malaysia

Ada lagi yang kecam Hasif Upin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya sudah beberapa kali Poklip baca tentang kecaman haters terhadap penyanyi baharu, Hasif Upin. Kalau tidak soal nyanyian, pasti lagu duet Waktu dengan penyanyi legenda, Ziana Zain dijadikan isu.

Poklip sendiri tidak faham. Lagu itu sudah dilancarkan beberapa bulan lepas, sudah-sudahlah mengecam Hasif. Lagu sudah dirakam, video muzik juga sudah dilancarkan. Pencalonan Muzik Muzik pun sudah selesai.

Mengapa masih ada lagi pihak yang tidak berpuas hati? Macam Hasif pernah cakap ke Poklip, Ziana sendiri pun sudi berduet dengan dia. Mengapa keputusan itu perlu dipersoal? Apa salah dia sehingga orang kecam?

Cuma bagi Poklip, Hasif pun tak perlu ambil hati sangat dengan kecaman bertubi-tubi ini. Di awal pelancaran dahulu, iya mungkin ramai tak suka. Tetapi sepatutnya, Hasif membuktikan kemampuan.

Tak perlu ungkit lagi soal kecaman dan haters. Biarlah mereka dalam dunia mereka sendiri. Lagi disebut, lagi mereka akan suka. Yalah, macam pendapat mereka yang nyata menjatuhkan itu terlalu penting.

Ramai sahaja yang sengaja mewujudkan perbalahan. Mungkin keseronokkan mereka adalah apabila rakan artis, kelab peminat bergaduh sesama sendiri. Itu mungkin kepuasan yang mereka cari dalam hidup.

Merentasi lautan dunia seni ini, memang akan ada ombak dan badainya, Poklip rasa Hasif sendiri pun tahu. Tetapi cukuplah jika Hasif terus memperbaiki kelemahan dan tunjukkan peningkatan bakat itu.

Jangan asyik ulang isu kecaman yang sama. Lama-lama nanti orang akan muak. Macam sudah tak ada isu lain. Mungkin itu yang bakal orang cakap, bukan Poklip tau. Kita sekadar meramal sahaja. Gitu jadi Pak Pandir pula!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya