Ada individu sogok duit tutup jenayah seksual? - Utusan Malaysia

Ada individu sogok duit tutup jenayah seksual?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah hantaran di Instagram milik pendakwah bebas, Firdaus Wong, mencuri perhatian ramai apabila ia dilihat memerli pihak yang didakwa menyogok wang kepada mangsa jenayah seksual.

Firdaus atau nama penuhnya Firdaus Wong Wai Hung, secara tidak langsung mendakwa ada pihak yang menawarkan sejumlah wang agar mangsa menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

“Offer (tawar) duit kepada ahli keluarga mangsa untuk mangsa tarik balik laporan? Dah takut ke? Desperado sangat ni. Bersemukalah terus dengan mangsa kalau berani.

“Kami berdiri teguh bersama mangsa dan ahli keluarga,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Tidak berhenti di situ, penyanyi, Caprice, turut berkongsi hantaran yang dibuat pendakwah itu dan menambah bahawa wang adalah segala-galanya.

“Sabar Firdaus Wong. Cash is king (wang adalah segala-galanya). Tapi, kali ini I’m the chess board (bersedia dengan strategi),” kongsi Caprice menerusi Instagram Story miliknya hari ini.

Walaupun tidak didedahkan secara jelas siapakah individu yang dimaksudkan, namun di ruangan komen, warganet mengaitkannya dengan sosok pendakwah, Ebit Lew.

Bulan lalu, seorang wanita asal Indonesia bernama Mondy Tatto mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual oleh Ebit Lew.

Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew kemudian membuat laporan penafian berserta laporan fitnah di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Polis telah memanggil lebih 13 orang saksi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya