Ada wanita lain? Puteri Sarah tak mahu masuk campur urusan Syamsul - Utusan Malaysia

Ada wanita lain? Puteri Sarah tak mahu masuk campur urusan Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Puteri Sarah Liyana menegaskan, dia tidak berhasrat untuk mencampuri urusan bekas suaminya, pengarah, Syamsul Yusof yang kini didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita kaya.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi dan hanya berhubung dengan Syamsul mengenai anak-anak.

Jelas Sarah, sama seperti netizen, dia juga terkejut dengan khabar angin yang melanda bekas suaminya itu.

“Saya sibuk dengan kerja saya dna terus terang saya pun tak tahu. Saya pun terkejut juga mendengar. Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab bagi saya itu hal peribadi dia.

“Mengenai hal yang disebut, kia tiada kena mengena dengan saya. Apa yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja!,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu semasa ditemui selepas pementasan Pak Pandir bersama Labu Labu Ajaib yang berlangsung Istana Budaya, sebentar tadi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sarah memberitahu dirinya mengetahui khabar tersebut daripada netizen.

Malah, kata Sarah, dia tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.

“Saya pun baru tahu hari ini sebab sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak muat naik apa-apa di media sosial sebab fokus dengan latihan

“Jadi hari ini saya tengok dekat akaun Instagram, banjir dengan komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.

“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa. Yang lain semua saya tak nak tahu,”katanya.

Sejak Khamis, sebuah media hiburan melaporkan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.

Katanya, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.

Susulan khabar tersebut rata-rata netizen menyebut nama pengarah Syamsul Yusof.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya