Tiada ‘signal’ poligami dari Kamal Adli - Utusan Malaysia

Tiada ‘signal’ poligami dari Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Kamal Adli, 37, setakat ini memberi jaminan bahawa dia tidak memilih poligami sebagai jalan untuk menduakan isterinya, Uqasha Senrose.

Menurut Kamal, secara peribadi, Uqasha sudah mencukupi sebagai isteri dan dia adalah wanita yang telah melengkapkan hidupnya kini.

“Cukuplah cuma satu, kenapa nak pasang dua, tiga dan empat? Satu ini pun dah membahagiakan, tak perlulah kita nak tambah lain. Cukuplah satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi, dimanjai.

“Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya-Allah,” katanya semasa membuat siaran langsung di media sosial baru-baru ini.

Ia dipercayai bagi mengulas mengenai kekecohan isu poligami yang bertebaran di kebelakangan ini melibatkan seorang pempengaruh media sosial.

Pada sesi siaran langsung yang sama, Uqasha yang berada di sebelah Kamal bagaimanapun sempat memberi nasihat kepada suaminya agar tidak berlebihan dalam kata-kata.

Kata Uqasha, dia bimbang seandainya ujian menimpa terhadap hubungan mereka sebagai suami isteri.

“Tak apalah, itu kehidupan orang, biarlah. Jangan cakap besar, nanti tiba-tiba Allah uji. Saya tak nak cakap, sebab takut berbalik pada kita,” katanya.

Untuk info, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya