Sayalah pengurus, saya jugalah PA - Ning Baizura - Utusan Malaysia

Sayalah pengurus, saya jugalah PA – Ning Baizura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ning Baizura menegaskan dia tidak pernah mempunyai pengurus mahupun pembantu peribadi (PA) sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam industri seni hiburan.

Menerusi satu kenyataan video di Instagram, Ning memberi bayangan bahawa perkara itu harus ditekankan supaya mana-mana pihak tidak bertanggungjawab berhenti menggunapakai namanya untuk kepentingan masing-masing.

“Saya nak jelaskan rumor yang berlaku kebelakangan ini yang mendakwa saya ada pengurus. Sebenarnya, Ning Baizura tidak mempunyai pengurus, Ning Baizura uruskan dirinya sendiri. Susah sangatkah nak faham?

“Ramai yang bertanya tentang hal ini, tetapi saya tegaskan, sayalah pengurus, saya adalah ‘my own boss’. Tiada PA, tiada sesiapa kecuali saya gajikan pekerja secara peribadi. Saya tidak pernah mempunyai wakil atau pengurus.

“Ini kerana sayalah pengurus, sayalah juga PA. Siapa yang ada dengar lagi mengenai rumor ini tolong maklumkan kepada saya, menerusi mesej di Instagram, Tik Tok dan sebagainya. Terima kasih banyak,”katanya.

Sementara itu, di ruangan kapsyen, Ning turut berkongsi bahawa dia perlu memaklumkan mengenai perkara ini bagi memudahkan urusan kerja terutama melibatkan klien.

“Berhentilah mengguna pakai nama saya. Selama 30 tahun saya berada dalam industri seni ini, saya ini bukan orang baharu ya, ini semua makanan saya. Nasib baik saya sempat maklumkan kepada beberapa orang klien dan rakan di media sosial.

“Percayalah, saya benar-benar kerja keras dan setakat ini, dedikasi, jiwa dan profesionalisme saya dalam industri seni sangat tinggi. Para klien saya pun, Alhamdulillah, mereka sangat berpuas hati dan gembira.

“Akhirnya, saya akan beritahu diri, dugaan ini akan berlalu pergi. InsyaAllah,”katanya.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya