La Luna tidak kurang ajar, tiada soft-porn - Pengarah - Utusan Malaysia

La Luna tidak kurang ajar, tiada soft-porn – Pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan penulis skrip filem La Luna, M Raihan Halim, menolak andaian bahawa wujud unsur soft-porn dalam penghasilan filem tersebut.

Menurut Raihan, filem La Luna melalui proses wajib sebagaimana filem-filem lain di Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Malah, kata Raihan, pihaknya juga bersyukur kerana selepas dinilai oleh LPF, tiada sebarang babak diarahkan untuk dipotong.

“Filem ini tiada unsur soft porn walaupun ada usikan-usikan dialog kedengaran seumpamanya namun tidak lucah atau kurang ajar.

“Ia telah melalui proses penilaian di LPF. Malah tiada satu pun babak yang dipotong setelah penilaian dilakukan pihak LPF. Saya berterima kasih juga kepada pihak LPF untuk berita gembira ini,”katanya.

Raihan berkata demikian semasa ditemui pada sidang media filem La Luna di ibu negara, semalam.

Bercerita lanjut mengenai La Luna, kata Raihan, idea filem terbitan Clover Film itu terhasil ketika dia berkunjung ke Arab Saudi dan terinspirasi dengan sebuah kes yang berlaku dalam kalangan masyarakat di sana.

“Ada kisah di mana sebuah kedai menjual pakaian dalam pernah dibakar oleh kaum adam di negara itu kerana ia dianggap tabu dan biadap.

“Ia membuatkan saya rasa nak tahu mengapa mereka bertindak sampai begitu sekali. Jadi saya nak ketengahkan topik menarik seperti itu dalam naskah ini. Partriarki, toksisiti, saya suka idea begitu.

“Tetapi saya olah dengan cara berbeza yang lebih unik, digarap dengan genre romantik komedi. Saya fikir itu lebih dekat dengan masyarakat kita,”katanya.

Filem La Luna bakal ditayangkan di pawagam pada 9 November dan dibintangi oleh Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Iedil Dzuhrie, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, dan Wafiy Ilhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya