KUALA LUMPUR : Penyanyi yang sering mendapat julukan kembar Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Fairuz Misran, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di hospital Lucious, Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi.
Khabar itu dimaklumkan oleh abang kandung arwah, Ruzaidi Misran, menerusi platform Facebook hari ini.
Menurut laporan, Allahyarham Fairuz meninggal dunia di usia 38 tahun namun punca kematiannya masih belum dapat dikenal pasti.
Untuk rekod, Fairuz dikenali dengan gelaran klon P. Ramlee berikutan mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman lagenda berkenaan.
Fairuz yang dilahirkan di Sandakan, Sabah ini turut berjaya menempa nama dalam industri hiburan selepas berjaya menjuarai pertandingan bintang P.Ramlee peringkat kebangsaan pada tahun 2012.