Adakala saya terlupa diri sedang hamil - Syifa Melvin - Utusan Malaysia

Adakala saya terlupa diri sedang hamil – Syifa Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Syifa Melvin memaklumkan dia mungkin berdepan dengan sutuasi kelahiran lebih awal berdasarkan keadaan perutnya kini yang semakin sarat.

Menurut Syifa, dia merasakan kandungannya sudah ke bawah (jatuh) berikutan kerap melakukan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah dan melipat baju.

“Kandungan saya sekarang ini memasuki usia 36 minggu, perut dah jatuh. Saya dapat rasakan yang saya akan bersalin awal. Tetapi dalam masa orang kata durasi yang sepatutnya bayi ini keluar lah, dia dah matang.

“Ini kerana saya sangat aktif dan adakala terlupa diri sedang hamil. Saya buat kerja, perut saya seakan jatuh, sehari selepas kemas bilik atas di rumah.

“Saya lipat baju, pergi bilik anak lipat baju pula, lepas itu masak dan cuci tandas pula. Esoknya itu Syifa nampak perut dah jatuh,”katanya.

Syifa berkongsi mengenai perkara itu selepas menjawab pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Siaran langsung tersebut kemudian dirakam dan dikongsikan semula oleh seorang pengguna, @kekasihfatinhananie.

Sementara itu, rata-rata netizen turut melahirkan rasa tidak sabar dan mendoakan agar Syifa melahirkan anak pertamanya dengan selamat.

Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya