Doakan umrah saya mabrur – Daiyan Trisha - Utusan Malaysia

Doakan umrah saya mabrur – Daiyan Trisha

Daiyan Trisha menangguhkan seketika kerjaya seninya sepanjang bulan Ramadan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKAL menunaikan umrah buat kali kedua, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 30, memohon peminat mendoakan agar dia beroleh umrah yang mabrur.

Kata Daiyan, tindakan tersebut (mendoakan)adalah lebih diharapkan berbanding dihukum kerana kekal dengan penampilan sama walaupun selepas mengerjakan umrah.

Ujarnya, dia sedar jangkaan dan harapan peminat yang tentunya mahu artis kesayangan mereka bertudung dan membawa imej sopan lebih-lebih lagi setelah kembali dari Tanah Suci.

“Saya rasa peminat faham, walaupun ada segelintir yang mempersoalkan kenapa sudah pergi umrah tetapi masih tidak tutup aurat dan sebagainya.

“Macam saya katakan tadi, perkongsian yang dibuat adalah secara luaran sahaja, kalaulah masyarakat tahu perasaan kita dan bagaimana seseorang berusaha untuk berubah, pasti mereka tidak akan mempertikaikan perkara tersebut.

“Saya cuma minta masyarakat dan peminat terus mendoakan saya untuk menjadi lebih baik dari semua segi kerana yang paling penting ialah hati dan jiwa perlu sentiasa bersih,” jelasnya ketika ditemui pemberita dalam majlis pelancaran koleksi terbaharu kasut Clarks x Daiyan Trisha baru-baru ini.

Bagi pelantun lagu Langit itu, hal-hal berkaitan agama dan perubahan diri seseorang adalah sesuatu yang yang cukup peribadi untuk disentuh.

Tunai umrah dengan ibu tercinta

Dalam pada itu, Daiyan berkata, pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadualkan pada minggu depan akan ditemani ibu tercinta, Samsiah Mohd. Nor.

Katanya, hatinya terdetik untuk menunaikan ibadah itu pada bulan Ramadan kerana kerinduan mendalam pada Baitullah di samping ganjaran pahala pada bulan mulia.

Ujarnya, pengalaman berada di sana pada tahun lalu disifatkan sebagai kenangan terindah dalam hidup, malah banyak mengubah dirinya.

“Saya memang tengah merancang, InsyaAllah kalau ada rezeki akan bertolak pada minggu kedua umat Islam berpuasa.

“Menunaikan umrah pada Ramadan bagi saya sangat istimewa kerana dalam bulan yang suci ini, apa sahaja amalan kita akan mendapat ganjaran pahala berganda daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis pelancaran koleksi terbaharu kasut Clarks x Daiyan Trisha baru-baru ini.

Tahun lalu, Daiyan menunaikan umrah buat kali pertama bersama ibu bapa dan adik lelakinya.

Sementara itu, katanya, sebarang aktiviti seni ditangguhkan seketika sepanjang Ramadan ini kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga.

Katanya, amalan itu menjadi rutinnya sejak dahulu lagi bagi memudahkan urusan bersahur dan berbuka di samping menunaikan solat tarawih.

“Biasanya pada bulan Ramadan saya bersama dengan keluarga dan banyak balik ke rumah ibu bapa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya