PETALING JAYA: Tampil membalas pelbagai fitnah yang dilemparkan netizen, pelakon, Afiq Muiz mendakwa isterinya, Pachara Apin bukan seorang wanita baik seperti yang digambarkan segelintir pihak.
Dakwanya, Pachara dikatakan sering pulang lewat malam dan mendakwa pernah berlaku curang dalam rumah tangga mereka.
Dakwaan tersebut dilampirkan pelakon Menanti Februari itu menerusi ruangan komen Instagramnya selepas dikecam teruk seorang indvidu.
Tambah Afiq, dia juga mengakui sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan tersebut dengan wanita yang berasal dari Ranau, Sabah itu.
“Setelah fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Lagipun, dia ada orang lain,” luahnya.
Dalam pada itu, Afiq juga mengakui keputusan untuk melepaskan isterinya yang mendakwa digantung tidak bertali selama dua tahun bukan satu yang mudah untuk dilakukan.
“Bukan mudah buat keputusan. Bukan mudah juga untuk hadap muka orang yang melukakan hati,” ujarnya.- UTUSAN