Zaman 'liar' sudah berlalu - Shah Jaszle - Utusan Malaysia

Zaman ‘liar’ sudah berlalu – Shah Jaszle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU ketika dahulu, nama pelakon, Shah Jaszle pernah berada dalam senarai 10 hero Malaya popular. Ada sahaja wajahnya menjadi penghias drama-drama tempatan. Dia mencipta nama seiring bakat dan populariti.

Namun bulan berganti tahun, kehadiran pelakon-pelakon baharu adakala mewujudkan persaingan yang mencabar terutama buat pelakon sedia. Mahu atau tidak, itu realiti yang harus ditelan.

Apatah lagi, sudah jarang kita mendengar kontroversi melibatkan nama pelakon ini. Adakah itu percaturannya sekarang?

Mungkinkah dia sendiri sudah penat untuk menjawab? Tidak mahu diheret dalam kancah sensasi? Jawablah! mendapatkan Shah Jaszle!

J: Jarang sekali nama Shah Jaszle terpalit kontroversi sekarang. Tidak seperti satu ketika dahulu, ada sahaja cerita sensasi kan. Adakah Shah cukup berhati-hati dalam menyusun langkah atau memang tidak mahu terpalit kontroversi sensasi?

S: Tidak dinafikan, saya sendiri memilih untuk ‘diam’ begini. Kerja, tawaran berlakon itu sentiasa ada cuma tidak ada cerita-cerita panas untuk meledakkan nama. Mungkin faktor usia dan juga keluarga, anak isteri kan.

Bila habis kerja di set penggambaran, terus balik rumah. Jadi masa untuk bersosial itu sangat terhad. Anak-anak ke sekolah. Saya juga perlu selesaikan urusan keluarga, jadi tiada masa untuk cipta sensasi.

J: Selesa begini? Ada segelintir selebriti ‘panas punggung’ kalau tiada kontroversi? Ada sahaja gimik yang sengaja dicipta untuk jual nama? Shah pula seperti memilh sebaliknya.

S: Itu terpulang, hak masing-masing. Saya akui, dari segi berita itu memang kurang. Macam tidak ada cerita baharu ke dari Shah Jaszle kan. Bukan mengelak publisiti, cuma biarlah kualiti kerja mendahului.

Alhamdulillah, produksi masih mempercayai bakat dan kelebihan saya. Sentiasa ada tawaran. Lebih-lebih lagi, mereka (produksi) sudah tahu kemampuan dan watak-watak bersesuaian. Saya bukan setahun jagung kan.

Mungkin impak dari segi saingan dengan generasi pelakon baharu. Mereka lebih senang dikenali terutama dengan adanya sosial media. Pempengaruh sebagai contoh, lebih popular tau!

J: Kita dapat lihat perubahan Shah daripada zaman muda remaja dan kini, sudah bergelar suami dan ayah. Adakah itu juga menyumbang kepada pendirian Shah untuk mengelak cerita-cerita sensasi?

S: Satu sahaja yang saya letak dalam fikiran, saya tidak mahu anak-anak susah di kemudian hari. Saya bekerja seikhlas dan semampunya demi masa depan saya. Kualiti itu harus sentiasa dibuktikan.

Bila saya bertemu kawan-kawan, ada yang cerita payahnya cari duit untuk penuhi tuntutan hidup. Jadi itu membuatkan saya lebih mahu bekerja keras. Zaman muda remaja, ‘liar’ itu semua sudah berlalu.

Semakin usia meningkat, saya juga sedar betapa pentingnya simpanan. Dulu masa muda, boros. Kita mahu beli barang berjenama, tunjuk sana sini. Tetapi sekarang, itu bukan satu keperluan. Hidup seadanya.

J: Bergelar pelakon, pasti banyak dugaan. Tidak hanya daripada godaan wang ringgit, adakala hadir orang ketiga yang mungkin mencuba nasib untuk mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Apa pendapat Shah berhubung isu tersebut?

S: Alhamdulillah, isteri saya dalah pengurus saya. Bukan hendak kata senang mahu tepis semua itu, mungkin ketika muda remaja tanpa isteri di sisi kita mudah terpengaruh. Sekarang sudah ada anak, isteri.

Kita kena tahu apa kita buat. Cari jalan elakkan perkara-perkara yang boleh memungkinan kita terpesong daripada niat asal mencari rezeki. Bukan nak kata saya baik, cuma zaman-zaman ‘sosial’ itu dah lama berlalu.

Saya cuma fikir, kita akan sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan. Letak keluarga, anak isteri di tempat pertama. Apa-apa pun, saya fikir anak-anak. Baik dan buruk saya, mereka terpalit sama.

J: Bercerita tentang kerjaya, apa perkembangan karier seni Shah? Eh dengar cerita nak berniaga pula?

S: Alhamdulillah, baru hendak cuba berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan. Saya fikir, sampai bila kan kita mahu mengharap tawaran berlakon. Macam saya cakap, usia juga semakin meningkat. Saingan juga semakin bertambah.

Saya bakal melancarkan produk wangian baharu kolaborasi bersama isteri. Insya-Allah, saya juga akan terlibat dengan beberapa festival jualan sempena hari raya kelak. Ada juga kolaborasi baju Melayu.

Drama baharu, Serpihan Sayang bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Fasha Sandha. Drama tersebut bakal ditayangkan hujung bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya