Tom, Fuad nikah di Batam, hari ini - Utusan Malaysia

Tom, Fuad nikah di Batam, hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan penyanyi, Tom dan Fuad Rahman, mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal bernikah di Batam, Indonesia, hari ini.

Pengurus Tom, Alan, memaklumkan, kedua-dua penyanyi tersebut ada sebab tersendiri memilih Batam sebagai lokasi majlis pernikahan.

“Pasangan itu memilih untuk bernikah di Batam kerana mahu memudahkan urusan. Pada asalnya, memang mereka mahu bernikah di Kuala Lumpur, tetapi banyak perkara perlu diselesaikan seperti kursus kahwin dan sebagainya.

“Bagaimanapun, Tom dan Fuad akan mendaftar perkahwinan mereka di sini sejurus kembali ke tanah air,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Tom dilihat berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan jarinya yang berinai dengan memegang sebentuk cincin.

Tom turut memaklumkan, dia dan Fuad akan mengadakan majlis resepsi selepas sambutan Aidilfitri nanti.

“Berdebar ini.. nnkah hanya ada keluarga dahulu. Nanti lepas raya, sanding saya jemput semua ya.

“Semoga semua urusan kami dipermudahkan, hari ini,” katanya.

Tom dan Fuad pernah menjalin hubungan cinta sekitar 2005, namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan polis Singapura dan dijatuhkan hukuman peniara akibat penyalahgunaan dadah.

Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar
Vaganza musim kesembilan (GV9).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya