Terima hakikat trend sudah berubah – Shahrulezad Mohameddin - Utusan Malaysia

Terima hakikat trend sudah berubah – Shahrulezad Mohameddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENERBIT dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin berpendapat, kemunculan pempengaruh media sosial tanpa bakat di TV dan radio bukan isu yang perlu diperbesarkan.

Katanya, mereka diundang kerana mempunyai pengikut dan pengaruh tersendiri di media sosial.

“Ada sebab stesen TV atau radio menjemput mereka sebagai tetamu program.

“Mungkin mereka ada kekuatan tersendiri yang mampu menarik ramai untuk menonton sesebuah rancangan.

“Kita tidak boleh halang atau nafikan hak mereka untuk keluar TV. Dunia sudah berubah, stesen TV juga perlu kandungan yang segar untuk dipaparkan bagi menarik penonton. Begitu juga sebaliknya. Jadi, hal ini tidak perlu diperbesarkan,” katanya.

Pengarah drama Nur itu juga berharap, masyarakat bersikap lebih terbuka dan menerima kemunculan pempengaruh di TV.

“Perkara ini tidak jauh beza dengan isu pempengaruh media sosial yang diambil menjadi pelakon. Hanya kerana mereka influencer, ada pihak tidak bersetuju mereka diambil sebagai pelakon.

“Bagi saya, kalau mereka menepati kemahuan penerbit dan mempunyai bakat untuk digilap, mengapa tidak diberikan peluang?

“Kita kena terima hakikat, TV dan radio bukan lagi tempat hanya untuk mereka yang berbakat. Konsep sudah berubah mengikut trend semasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya