Tentang Sophia, maaf, saya tak mahu ulas lagi - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Tentang Sophia, maaf, saya tak mahu ulas lagi – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Selepas seminggu kemelut rumah tangganya kecoh diperkatakan, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, mengakui enggan lagi mengulas mengenai hal tersebut yang turut membabitkan aktres, Sophia Al Barakbah.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, dia mahu meletakkan noktah terhadap perkara yang berlaku selain mahu meraikan kejayaan yang diraih sempena program Famili Duo musim kedua yang berlangsung semalam.

“Saya rasa memandangkan sudah ramai yang tahu dan banyak penjelasan sudah dibuat sebelum ini, maka saya sudah tidak mahu lagi membuat sebarang ulasan lanjut berhubung hal itu (kemelut rumah tangga).

“Cukuplah, saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Kita nak raikan kejayaan pada program ini. Lagipun, Aliff pun sudah beri penjelasan di pihak dia. Jadi kita tutup semuanya di sini,”katanya ketika ditemui usai program final Famili Duo musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, semalam.

Bella ketika itu diminta mengulas mengenai tindakannya memadam bukti perbualan antara pihaknya dengan Sophia yang didakwanya telah mengganggu rumah tangganya sejak terbabit berlakon bersama Aliff menerusi drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Bagaimanapun, Bella pada masa yang sama berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan buat diri serta keluarganya.

“Apa pun, terima kasih buat semua yang telah mendoakan saya dan keluarga. Maaf andai saya ada salah silap. Itu sahaja yang dapat saya katakan.

“Saya sekarang nak fokus kepada kerjaya seni. Mungkin selepas ini nak fokus pada nyanyian dan cuba meneroka lagi peluang lain.

“Famil Duo kali ini juga telah membuka banyak potensi bakat dalam diri jadi saya nak gunakan dengan sebaiknya,”katanya.

Menerusi program Famili Duo, Bella dan pasangannya, Wani berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 serta trofi.

Pertaruhan Bella dan Wani di pentas akhir menyaksikan mereka membawakan lagu Gila nyanyian asal Kaka Azraff, LOCA B, dan Noki serta lagu lagu kedua, Let It Go (Idina Menzel).

Bagaimanapun, duo ini akur berada di tempat ketiga selepas tewas di tangan Zaki dan Yamani Abdillah yang dinobatkan sebagai juara manakala duo Ayda dan adiknya, Fyna Jebat berada di tangga Naib Juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya