Saya akan jawab dengan suami nanti - Nad Zainal

Saya akan jawab dengan suami nanti – Nad Zainal

NAD ZAINAL ditemui semasa penggambaran telefilem, Mendarat Di Syurga, di Petaling Jaya, hari ini. -UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nad Zainal memilih untuk tidak menjawab apa sahaja persoalan berkaitan hal peribadi buat masa ini, sebaliknya akan menjelaskan perkara itu bersama suaminya, Ungku Ismail Aziz pada masa yang sesuai kelak.

Nad yang ditemui media buat kali pertama selepas dibenarkan keluar hospital kerana mengalami pendarahan paru-paru dan mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu berkata, dia akan memilih satu tarikh khas untuk memberikan penjelasan bersama suaminya menerusi siaran video di media sosial.

“Kita sudah bercakap dengan wartawan tertentu, ada sesetengah perkara yang tidak boleh dikongsikan. Insya-Allah, akan ada juga penjelasan nanti.

“Saya dengan Ungku akan jawab dalam video itu nanti,” katanya ketika ditemui semasa penggambaran telefilem, Mendarat Di Syurga, hari ini.

Mengulas lanjut, ibu dua cahaya mata itu berkata, dia lebih selesa menjawab segala persoalan bersama suaminya.

“Kita memang buat perjanjian mengenai apa-apa perkara akan dijelaskan bersama melalui sesi video di media sosial,” katanya.

Disoal tindakannya memilih media sosial sebagai platform memberikan penjelasan, pelakon Cina Buta itu enggan memberikan sebarang komen mengenainya.

“Tiada komen buat masa ini,” jawabnya ringkas.

Kemunculan semula Nad di lokasi penggambaran mendapat perhatian pihak media yang inginkan penjelasan berhubung perkahwinannya, selain dana rawatan yang dikumpul ketika dimasukkan ke hospital serta pelbagai dakwaan lain, termasuk dikatakan tidak lagi rapat dengan beberapa rakan selebriti.

Nad mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Bagaimanapun, berita tentang perkahwinan mereka hanya dikongsikan kepada umum pada 29 Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya