Che Ta jadi mangsa penyeluk saku di London - Utusan Malaysia

Che Ta jadi mangsa penyeluk saku di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Rozita Che Wan, 49, tidak menyangka berdepan pengalaman pahit apabila kehilangan telefon bimbit gara-gara menjadi mangsa penyeluk saku ketika membeli-belah di kota London pada 13 Februari lalu.

Jelasnya yang mesra dipanggil Che Ta, meskipun sentiasa berwaspada menjaga barangan peribadi semasa berada di tempat awam, perkara yang tidak diingini itu tetap berlaku.

“Saya anggap sebagai dugaan. Kalau nak tahu, saya paling benci hilang telefon kerana segala perkara berkaitan urusan harian dicatat dan disimpan di situ.

“Telefon bimbit sudah umpama diari bergerak. Saya simpan semua, termasuk jadual penggambaran, tarikh mesyuarat, perjanjian segala komitmen dan sebagainya. Sebelum ke Eropah, ramai berpesan agar berhati-hati dengan geng penyeluk saku sebab ramai sudah terkena.

“Tetapi itulah, dalam berjaga-jaga tetap perkara tidak diingini berlaku. Selama 10 hari juga, saya hidup tanpa telefon di tangan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Berkongsi lanjut, kata Che Ta, kejadian itu berlaku semasa dia dan rakan-rakannya berada di sebuah gedung pakaian terkemuka di kota London.

“Ia berlaku sekelip mata. Saya simpan telefon di dalam poket jaket berzip sebelum meninjau koleksi pakaian yang ada di butik berkenaan.

“Silap saya juga sebab tidak terus simpan telefon dalam beg. Tahu-tahu, sudah hilang. Puas mencari di segala pelosok tempat sebelum membuat laporan kepada pihak sekuriti.

“Mereka juga tidak dapat kesan, namun memaklumkan setiap hari berdepan aduan kecurian memandangkan butik itu banyak menerima kehadiran pengunjung, terutama dari luar negara,” katanya.

Tambah Che Ta lagi, dia juga dimaklumkan antara modus operandi kumpulan penyeluk saku itu adalah dengan menyamar sebagai pelancong luar.

“Cara mereka memang profesional. Ada yang tali begnya dipotong tanpa disedari. Pendek kata memang hari-hari ada saja mangsa penyeluk saku,” katanya.

Terdahulu, isteri pelakon, Zain Saidin itu memuat naik satu hantaran di Instagram, memaklumkan mengenai kehilangan telefon pintarnya.

Che Ta memilih Eropah sebagai destinasi percutiannya bersama beberapa rakan baik sejak 28 Januari sebelum pulang ke tanah air pada 18 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya