Bengang dituduh mahu tumpang populariti, Ryan Bakery pertahan isteri - Utusan Malaysia

Bengang dituduh mahu tumpang populariti, Ryan Bakery pertahan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh media sosial, Ryan Bakery, 27, bengang apabila segelintir netizen menuduh isterinya, Elyia Ibrahim, cuba menumpang populariti apabila sering menemaninya dalam setiap aktiviti yang dijayakan.

Menurut Ryan, tuduhan tersebut tidak seharusnya timbul kerana wanita tersebut berada di sisinya sejak dia mula bergiat menghasilkan kandungan untuk media sosial sehingga berpeluang menembusi industri hiburan.

“Orang yang mengata isteri saya sebenarnya tidak tahu apa-apa. Saya sangat menghargai Elyia kerana dia antara individu yang banyak tolong saya.

“Setiap keperluan dan kelengkapan untuk buat video, dia yang keluarkan duit. Ketika itu, saya baru nak bermula dan memang tidak ada bajet.

“Dia yang banyak tolong. Orang tidak tahu hal ini. Lagipun, tidak semua benda perlu saya cerita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia perlu tampil membela isterinya kerana terlalu banyak salah faham berlaku dan enggan perkara itu melarat.

“Memang saya bengang sebab ramai sangat yang mengata. Sebagai suami, saya terasa dengan apa yang dikatakan dan perlu lindungi dia. Sebelum berada pada tahap ini, semua tahu permulaan saya macam mana, memang susah.

“Waktu saya dibuang kerja dan tiada pendapatan tetap, saya cuma berniaga kuih. Elyia banyak bantu saya, meskipun pada awalnya dia juga tidak yakin dengan dunia penghasilan kandungan.

“Tetapi saya cuba yakinkan dia. Orang kata dia menyibuk dan ada di mana-mana. Dia isteri saya, mesti ke mana-mana menemani. Tak salah pun,” katanya.

Selain itu, kata Ryan, dia percaya pada rezeki selepas berkahwin dan bersyukur isteri serta keluarga sentiasa memberi sokongan untuk terus membina kerjaya dengan baik.

“Kahwin bukan penghalang untuk saya bina kerjaya. Insya-Allah, saya akan cuba buat yang terbaik dan seimbangkan tanggungjawab. Disebabkan itu, saya senang bila isteri temankan ke mana sahaja saya pergi.

“Saya tidak mahu dia fikir, saya sudah lupa diri bila popular. Bagus bila dia sentiasa ingatkan saya. Apa sahaja yang saya buat, bukan untuk diri semata-mata, tetap juga untuk keluarga.

“Kalau saya berjaya, saya mahu senangkan ibu dan ayah serta keluarga mentua,” katanya yang melangsungkan pernikahan dengan Elyia pada 1 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya