Bakat pun sendu, nak buat onar pula - Utusan Malaysia

Bakat pun sendu, nak buat onar pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan sekali dua Cik Bunga dengar hal peribadi seorang artis luar yang cuba mencipta namanya di Malaysia ini. Memang cukup geram rasa di hati sebab bagi Cik Bunga, dia ini macam orang yang tidak sedar diri.

Cik Bunga bukan nak pandang rendah pada kebolehan dirinya sebagai seorang penyanyi ya. Cuma, kalau dilihat pada graf kerjayanya di sini, sejak masuk sebuah program televisyen tempatan sehingga ke hari ini, apa saja pencapaian dia sebagai penyanyi?

Okey, adalah juga dia hasilkan single, tapi itu pun tidaklah kemana sangat. Tetapi liciknya penyanyi Korea ini, dia tahu macam mana nak menempel pada orang-orang industri yang dia rasa ada kepentingan.

Adalah dua tiga orang yang Cik Bunga kenali beritahu tentang hal ini. Tetapi, agaknya sebab mereka rasa penyanyi lelaki ini macam nak gunakan mereka, maka cepat-cepat angkat kaki jauhkan diri.

Tup-tup, ada seorang rakan industri ini mengadu pada Cik Bunga, penyanyi Korea ini cuba gunakan dia untuk kepentingan kerjaya seni di sini. Tetapi, yang buat Cik Bunga membara, bukanlah semata-mata satu perkara itu.

Cik Bunga bengang apabila diberitahu bahawa penyanyi tersebut juga cuba melakukan perkara tidak senonoh kepada wanita tersebut. Siap beritahu pada seorang kenalan wanita itu yang dia memang rancang nak ‘rosakkan’ wanita tersebut. Gila!

Cik Bunga tak pasti sama ada mangsa sudah membuat laporan polis atau tidak berhubung perkara itu. Kalau dia rancang nak buat laporan polis, Cik Bunga sokong! Iyalah, ini membabitkan keselamatan diri.

Itu sebab Cik Bunga katakan yang dia ini tak sedar diri. Kalau nak bina kerjaya sendiri pun masih terkial-kial nak minta bantuan orang, kenapa berani nak buat onar? Apalagi di tempat orang?

Memang sakit hati bila mendengar hal begini. Lagi satu, inilah antara sebab mengapa kita ini jangan suka sangat nak agungkan artis luar. Tak semua yang datang itu membawa niat yang baik atau berimej baik.

Pandangan bahawa lelaki Korea, tampan dan budiman? Ya mungkin. Dalam drama tv saja bolehlah… Hakikatnya, fikirlah sendiri.

Kalau rasa tak boleh bina kerjaya seni di sini dan nama pun sendu, lebih baik pulang saja ke negara sendiri. Buat perangai di sana, bukan di sini!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya