Arnie Shasha fokus misi Sukan SEA 2023 - Utusan Malaysia

Arnie Shasha fokus misi Sukan SEA 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI seni tempatan diwarnai dengan kehadiran pelakon baharu yang bukan sahaja lengkap paras rupa, malah berbakat besar.

Arnie Shasha antara pelapis yang berpotensi menyerlah jika digilap. Lakonan yang meyakinkan menerusi filem seram, Harum Malam melonjakkan lagi nama pelakon ini.

Kehadiran Arnie ke studio Media Mulia untuk menjayakan sesi fotografi, baru-baru ini membuka ruang buat penulis mengenalinya dengan lebih dekat.

Kata Arnie, dia tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi pelakon. Bahkan katanya, bidang tersebut bukan antara kerjaya pilihan.

“Saya jarang mengikuti perkembangan industri seni dan kurang mengenali pelakon atau pengarah.

“Minat terhadap bidang lakonan mula bercambah selepas terlibat dalam filem Harum Malam.

“Saya seronok berlakon dan mungkin akan mempertimbangkan untuk menjadikannya sebagai kerjaya,” katanya.
Arnie merupakan atlet taekwondo yang sedang membuat persiapan untuk merebut peluang mewakili negara ke Sukan SEA Ke-32 di Kemboja yang bakal berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.

Katanya, tumpuan pada masa ini dihalakan kepada misi itu, membuatkan dia menangguhkan seketika penglibatannya dalam bidang seni.

“Saya tengok dahulu bagaimana. Kalau layak, saya akan berikan tumpuan kepada Sukan SEA. Jika tidak, mungkin saya akan terus mencari peluang dalam bidang lakonan.

“Kalau ditanya tentang minat, kedua-duanya, lakonan dan sukan menjadi pilihan.Tetapi, buat masa ini, minat saya lebih berat kepada sukan,” ujarnya.

ANAK PENERBIT FILEM

Bergelar anak kepada penerbit Harum Malam, tentu ada yang berpendapat, status itu menjadi tiket mudah melayakkannya untuk membintangi filem seram itu.

Arnie, bagaimanapun mempertahankan pemilihannya membawakan watak Ah Boy dalam filem itu atas dasar bakat.

“Sebenarnya, saya tidak kisah, malah sudah menjangka perkara itu pasti dibangkitkan kerana status saya sebagai anak penerbit.

“Mungkin ramai tidak tahu, saya hanya ditawarkan membintangi Harum Malam selepas menghadiri uji bakat, selain mengikuti kelas lakonan.

“Saya tidak kisah apa orang cakap. Kalau betul saya diambil disebabkan anak penerbit, kenapa perlu saya hadiri uji bakat?” ujarnya.

Kata Shasha lagi, dia yakin bakatnya akan lebih dipandang, berbanding latar belakang keluarganya.
“Dalam memilih pelakon, produksi dan pengarah akan melihat bakat, bukan latar belakang keluarga.

“Saya tidak setuju kalau ada yang beranggapan status ibu memudahkan saya mendapat tawaran berlakon.

“Sekalipun mempunyai kelebihan, kalau tidak boleh berlakon, tentu saya tidak dipilih,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya