Amran Nasruddin bawa Madu Tiga ke pentas teater - Utusan Malaysia

Amran Nasruddin bawa Madu Tiga ke pentas teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Amran Nasruddin, yakin percaturan nekadnya mementaskan teater Madu Tiga yang diadaptasi daripada karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee mampu menarik perhatian peminat, termasuk generasi muda.

Menurut Amran, karya Seniman Agung itu merupakan antara yang popular, malah masih menjadi kegemaran penonton.

“Pada awalnya, saya hanya berborak secara berseloroh dengan rakan yang juga pemilik Hotel Grand Barakah Ampang untuk mementaskan teater Madu Tiga.

“Tidak sangka pula mereka sudi bekerjasama, selain menawarkan hotel berkenaan sebagai lokasi pementasan.

“Saya yakin, kerjasama ini akan membuahkan hasil kerana masih ramai yang suka tonton karya P Ramlee. Bahkan, generasi baharu turut suka dengan karya Allahyarham,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, kata Amran, bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, pihaknya telah memohon keizinan daripada syarikat penerbitan Shaw Brothers di Singapura.

“Walaupun boleh merujuk pada filem, tetapi saya tidak mahu ambil mudah. Memandangkan ramai tahu tentang naskhah ini, saya perlu lebih berhati-hati dalam menyusun pementasan ini.

“Antara yang perlu dititikberatkan ialah skripnya. Jadi, saya berusaha mencari skrip asal, selain merujuk dengan menonton filem itu bagi memastikan ia sama dengan apa yang disiarkan di kaca televisyen.

“Cuma, bezanya pengalaman yang diberikan kepada penonton nanti ialah dalam bentuk pementasan teater,” katanya.

Ditanya mengenai progres teater tersebut, kata Amran, semua barisan pelakon telah menjalani sesi latihan intensif di bawah kelolaannya.

Teater Madu Tiga akan dipentaskan selama tiga hari di Hotel Grand Barakah Ampang bermula 3 hingga 5 Mac ini.

Antara pelakon yang membintangi teater ini adalah Musly Ramlee (Jamil), Najua P. Ramlee (Latifah), Keena (Hasnah) dan Melissa Kelvin (Rohani).

Turut terlibat Imuda, Abon, Mat Over, Mubarak Majid selain persembahan nyanyian oleh Rozita Rohaizad (Saloma) dan P. Radhi (P. Ramlee).

Amran pernah mengarahkan teater
Cicit Wan Lebor di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dua tahun lalu, selain menganjurkan Malam Mas Mona serta program Malam Amal Artis Veteran di Langkawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya