Tolong berhenti mengapi-apikan isu - Neelofa - Utusan Malaysia

Tolong berhenti mengapi-apikan isu – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti yang juga usahawan terkemuka, Noor Neelofa, 34, memohon mana-mana pihak yang cuba mengapi-apikan kenyataannya berhubung isu melancong untuk segera berhenti berbuat demikian.

Menurut Neelofa, dia tidak berniat mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengikut mahupun netizen sehingga ada sesetengah pihak tersalah faham dengan kenyataannya itu.

“Kepada mereka yang mengapi-apikan itu, tolonglah berhenti. Tiada niat untuk saya tujukan kenyataan itu kepada sesiapa atau individu tertentu. Jangan buat begitu.

“Ada segelintir yang salah faham tentang apa yang saya sampaikan. Demi Allah SWT, apa yang diperkatakan orang itu adalah fitnah 100 peratus,” katanya dalam satu hantaran di TikTok.

Jelas Neelofa, dia hanya berkongsi pandangan tentang sikap sesetengah orang yang pergi melancong semata-mata kerana ingin menghasilkan kandungan dalam media sosial.

“Bukan saya larang untuk berkongsi dalam media sosial. Ia ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya untuk membuat kandungan media sosial.

“Ada orang, pergi atas tuntutan kerja dan mereka ini berbeza. Kalau pergi kerana peluang dan pilihan sendiri, jangan salah faham, saya tidak cakap pun jangan ambil gambar atau buat video. Percayalah, saya sendiri akan buat benda yang sama dan muat naik di media sosial.

“Tetapi, kalau ada yang pergi berjalan untuk buat kandungan media sosial, memang buat persediaan dari sini semata-mata untuk dijadikan bahan kandungan atau kehidupannya sentiasa tentang media sosial, saya rasa sayanglah,” katanya.

Tambah Neelofa, individu atau pengguna media sosial seperti itu tidak benar-benar menghargai keseronokan atau pengalaman ketika melancong.

“Sebagai seorang yang banyak kali diberi peluang melancong, perkara yang saya ingin ubah adalah lebih menikmati atau menghargai momen tersebut.

“Jadi, tolong jangan salah faham. Bukan saya kata tidak boleh muat naik, kongsikan gambar atau video. Buatlah, ambillah gambar atau video untuk kenangan.

“Nanti ada waktu, kita akan terfikir, tidak semua benda itu adalah apa yang kita muat naik atau apa yang orang lihat. Itu hanya pendapat saya.

“Kalau ada yang bersetuju, Alhamdulillah. Kalau ada yang tak setuju, anda ada sebab dan pandangan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, kalangan netizen mengaitkan kenyataan Neelofa mengenai perkongsian momen percutian Fazura bersama keluarga yang baru pulang dari Eropah.

Netizen juga mula membuat perbandingan dan tampil dengan respons masing-masing mengenai nilai kematangan dua selebriti usahawan berjaya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya