Silkhannaz & FTG bakal gamatkan konsert Rockstage VI - Utusan Malaysia

Silkhannaz & FTG bakal gamatkan konsert Rockstage VI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas tiga tahun tergendala, Rockstage Entertainment kembali menggamatkan industri muzik metal tempatan menerusi penganjuran Konsert Rockstage VI yang bakal berlangsung pada 25 Februari ini.

Menurut pengurus Rockstage Entertainment, Talib Othman, penganjuran konsert kali ini bakal menyaksikan kelainan tersendiri menerusi gabungan kumpulan metal generasi lama dan baharu di satu pentas.

“Muzik ini universal dan tidak salah jika gabungkan kumpulan lama dan baharu untuk beraksi di satu pentas yang sama. Tidak dinafikan, mungkin ada banyak lagi band lain tetapi untuk kali ini, kami bawakan kumpulan Silkhannaz, FTG, Langsuir dan SOG untuk membuat persembahan.

“Saya lihat masing-masing ada kelebihan dan percaya, ia akan membuka ruang untuk pertambahan peminat bahkan band-band ini pun dapat luaskan lagi pendedahan muzik mereka.

“Contohnya, bila peminat SOG melihat persembahan FTG, secara tak langsung akan tertarik minat kepada FTG, begitu juga sebaliknya. Saya fikir ini adalah suatu yang positif untuk perkembangan industri muzik kita. Jika tiada pembaharuan atau pembaikan dari segi pengikut atau peminat, kemungkinan industri ini akan menjadi suram,”katanya.

Selain itu, kata Talib, peminat yang hadir ke konsert ini juga berpeluang menjadi antara yang terawal untuk menyaksikan dan mendapatkan album baharu daripada kumpulan FTG dan Silkhannaz.

“Kedua-dua buah kumpulan ini akan melancarkan album baharu mereka pada hari yang sama di konsert berkenaan. FTG tampil dengan album berjudul ‘Army Of God’ manakala Silkhannaz dengan album berjudul ‘The Madness Of Fear’.

“Kedua-duanya mempunyai 8 buah lagu bagi setiap album yangi dikeluarkan secara fizikal, iaitu dalam format cakera padat.

“Menariknya, segala proses pembuatan album ini bermula dari penciptaan lagu, penulisan lirik serta rakaman studio dilakukan sendiri seratus peratus oleh FTG dan Silkhannaz tanpa penglibatan pihak luar,”katanya.

Sementara itu, anggota Silkhannaz, Hashim berkata, tiada istilah kumpulan baharu atau lama untuk konsert ini kerana baginya saban tahun tentu sahaja ada ban baharu yang akan muncul meneruskan legasi muzik tanah air.

“Banyak band yang muncul sekarang ini semuanya bagus-bagus dari segi permainan dan persembahan muzik mereka. Kita perlu sokong band yang ada sekarang ini dan kalau boleh perbanyakkan lagi supaya dapat memeriahkan industri muzik tanah air kita ini,”katanya.

Selain FTG, Silkhannaz, Langsuir dan SOG, konsert yang diadakan di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur ini akan turut disertai oleh band hebat lain seperti Massacre Conspiracy, Farasu dan Naratu.

Tiket dijual dengan harga RM95 dan RM110 untuk tiket yang dibeli secara normal.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://rockstage.ubertickets.asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya