Nyaris tolak, filem Eva bawa tuah pada Nadia Aqilah - Utusan Malaysia

Nyaris tolak, filem Eva bawa tuah pada Nadia Aqilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Dunia Hong Kong pada Oktober lalu, pelakon, Nadia Aqilah, tidak menyangka hasil kerja seninya mendapat penghargaan di luar negara.

Nadia, 38, berkata dia terharu dengan pencapaian itu kerana tidak pernah meletak sebarang sasaran untuk merangkul apa-apa anugerah sepanjang berkarya dan hanya fokus menggalas tanggungjawab sebagai pelakon dengan baik.

“Sungguh, saya tidak pernah letak sasaran untuk menang sebarang anugerah. Kalau dicalonkan atau dipertandingkan dalam mana-mana anugerah, itu sudah cukup besar buat saya.

“Ketika mendapat tahu produksi D’Alpha Legacy menghantar penyertaan untuk filem Eva, saya terkejut. Apatah lagi, apabila mendapat tahu saya menang dan Nadia Brian pula diumumkan menerima Pelakon Pembantu Terbaik.

“Dalam Eva, watak saya digambarkan sebagai wanita mempunyai gangguan personaliti. Mungkin itu yang menarik perhatian ramai kerana isu diangkat berbeza daripada filem lain yang turut bersaing, ” katanya.

Nadia berkata, pada awalnya, dia menolak untuk melakonkan watak individu yang berdepan masalah kesihatan mental kerana berat untuk dilaksanakan.

“Saya pernah hampir menolak untuk membawakan watak ini kerana ia sangat berat. Selepas membaca skrip, saya macam tidak yakin diri bersedia untuk melakonkan watak itu.

“Saya budak teater, berlatih lama mana pun, saya tetap akan rasa tidak bersedia. Saya pernah minta maaf pada produksi supaya mereka cari pelakon lain untuk watak Eva.

“Tetapi, pengarah, Suhaiza Aziz berjaya menyakinkan saya untuk bawa juga watak itu. Saya terharu apabila ramai memberikan sokongan dan meletakkan kepercayaan untuk saya bawakan watak itu dengan cara tersendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia juga tidak sabar untuk mendengar reaksi penonton apabila filem tersebut memulakan tayangannya 26 Januari ini.

Terdahulu, Eva diangkat sebagai pemenang kategori ‘thriller’ dan suspens pada pertandingan bulanan anjuran Festival Filem Cannes.

Menerusi kemenangan itu, Eva balal ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2023 dan dicalonkan merebut anugerah Filem Terbaik bagi kategori tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya