Kalau artis pun mengecam, apa beza dengan netizen? - Nabila Razali - Utusan Malaysia

Kalau artis pun mengecam, apa beza dengan netizen? – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nabila Razali, mengakui kesal dengan tindakan rakan artis yang mengecamnya tidak boleh menyanyi, meskipun ia mungkin dianggap sebagai gurauan.

Menurut Nabila, dia sudah biasa menerima kecaman netizen, namun tidak menyangka ada rakan seperjuangan tergamak melakukan perkara sama sedangkan masing-masing mencari rezeki dalam bidang seni.

“‘Memang ini bukan isu besar memandangkan saya sudah biasa dikecam. Cuma, saya tidak sangka perbuatan itu datang daripada rakan industri yang sama-sama mencari rezeki dan menjadikan dunia seni sebagai periuk nasi.

“Bagi saya, cukup hanya netizen yang mengecam. Kita sebagai selebriti perlu menjadi contoh yang baik dan ikon kepada mereka.

“Kalau kita melakukan perkara sama, netizen akan anggap perbuatan itu diterima dan boleh dicontohi kerana artis pun buat,”katanya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duetnya bersama Khai Bahar, Selagi Ku Ada, semalam.

Enggan memanjangkan lagi isu tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua ini mengakui, sudah memaafkan selebriti tersebut.

Kata Nabila, dia sudah melupakan insiden itu dan mahu fokus kepada urusan kerjayanya tanpa memikirkan isu yang tidak perlu.

Ditanya mengenai kejadian terkucil ketika menyanyi secara live sebelum ini, Nabila mengakui, masih dihantui insiden tersebut sehingga hari ini.

Dia bagaimanapun, enggan terus dibelenggu perkara itu kerana sedar kelemahan yang ada harus diatasi dan diperbaiki untuk mendapatkan semula keyakinan diri.

“Walaupun kejadian itu sudah lama, traumanya masih ada. Tetapi, saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong.

“Mungkin saya bukan seperti penyanyi lain yang cepat belajar, tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperbaiki kelemahan,” katanya.

Sebelum ini, tular video pelawak, Atu Zero menyindir Nabila tidak boleh menyanyi secara live ketika menjadi juri program The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

Atu menganggap kenyataan yang dilakukan itu bukan jenaka, sebaliknya perkara betul dan meminta pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada berkenaan lebih bersemangat memperbaiki diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya