Kahwin suami orang: Kalau anak sendiri pun saya marah - Datuk Ayu - Utusan Malaysia

Kahwin suami orang: Kalau anak sendiri pun saya marah – Datuk Ayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit, Datuk Ayu Puteh, mengakui sebagai ibu, dia tidak akan bersetuju seandainya anak gadisnya terjebak dalam hubungan bersama suami orang, apatah lagi memilih untuk berumah tangga.

Menurut pemilik produksi Pencil Pictures ini, dia pernah menegaskan perkara ini kepada anak-anaknya, termasuk pelakon, Wanna Ali, jika enggan hidup dibebani masalah.

“Jangan mudah mengecam. Saya mengulas mengenai Ira Kazar, semalam selepas dihubungi teman media. Memang saya kenal dia, tetapi kami sudah lama tidak bertemu.

“Mengenai menjalin hubungan dengan suami orang, kalau berlaku pada anak sendiri, sudah tentu saya juga tidak dapat terima. Saya pernah berpesan pada anak-anak, jangan sibuk mahukan suami orang.

“Banyak lagi lelaki bujang, jadi tidak perlu cari pasal dan semakkan otak serta jiwa,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ayu berkata, dia terkilan apabila dikecam segelintir netizen berhubung kenyataannya di Mingguan Malaysia, semalam apabila memberitahu, pernah menasihati isteri kedua pengarah Syamsul Yusof itu sebagai kenalan.

“Saya tidak tahu sepenuhnya kontroversi yang berlaku, tetapi mana yang mampu saya berikan nasihat. Saya faham, tiada ibu bapa mahu hidup dan rumah tangga anak jadi huru-hara.

“Saya juga baik dengan Datuk Yusof Haslam dan sangat menghormatinya. Saya tidak suka hal begini terjadi pada keluarganya, berat dugaan mereka,”katanya.

Tambah Ayu lagi, menerusi pengalamannya yang pernah berdepan kegagalan berumah tangga, dia cukup memahami apa yang dilalui Puteri Sarah.

“Sarah isteri yang baik, takdir dia diduga dengan ujian berat ini. Saya juga pernah hadapi perkara seperti ini, ketika itu anak-anak masih kecil.

“Bermacam masalah, malah lebih dahsyat lagi. Tetapi, saya pilih jalan hidup hari ini. Alhamdulillah, saya temui bahagia dengan suami sekarang, Aiman Ismail. Kelmarin, usia perkahwinan kami masuk tujuh tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, suami harus tahu tanggungjawab mereka dan tidak mengelak apabila rumah tangga berdepan masalah.

“Hal rumah tangga ini suami harus ambil tahu, wajib selesaikan segala masalah dan jaga. Usah lalai sehingga musnah semuanya.

“Bagi saya, kalau mahu berkahwin lagi, beritahu secara jujur. Berterus-terang dengan ibu bapa dan isteri. Jangan biar hal yang berlaku ‘terbakar’ sampai rosak semua.

“Tidak ada wanita atau pasangan yang ingin berdepan masalah rumit dalam rumah tangga. Bukan apa, kasihan pada anak-anak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya